Tuesday, December 15, 2009

Kemuliaan Muharram

Lama sungguh rasanya aku tak entry kat blog nie...rasanya klu leh nampak sawang dah bersawang dah blog aku nie.....kali nie cuma aku nak berkongsi sedikit kelebihan bulan Muharram...di harapkan apa yang aku entry kali nie bermanfaat buat kita sebagai umat islam sempena kedatangan 1 Muharram 1431 Hijrah.......

MUHARAM....

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Wednesday, December 2, 2009

Sesekali Diduga...

Orang kata klu kita di duga itu petanda Allah s.w.t sayangkan kita...
hanya org2 yang disayanginya diduga kesabarannya untuk membuktikan keimanan...

Ntahla dugaan yang aku lalui ini sebagai petanda allah sygkan aku
tapi aku terus cuba bersabar utk menguatkan semangat bagi terus menempuh idup....
Terlalu berat ya Allah dugaan yang kau turunkan buatku Ya Allah...tapi aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya........,dan aku sebagai hampamu harus terus tabah untuk menghadapinya dan moga aku dapat melupakan semua peristiwa yang berlaku. Apa yang berlaku biarla berlalu sebagai lipatan sejarah hidupku.....


Monday, October 5, 2009

Salam Aidilfitri





Buat semua rakan-rakan rasanya masih tak terlewat untuk aku ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sedar tak sedar ari ni dah 17 Syawal 1430H, memang kebelakangan nie sibuk kit, jadi x sempat nak entry lagi, hari nie baru berkesempatan, Just nak kongsi gambar pada 1 Syawal 1430H yang lalu..., Beraya di Perak tahun nie umah my mum, memang meriah sebab semua adik beradik aku yang seramai 8 orang tu ada kecuali kakak yang sulung, Kak Yong dia beraya di umah mertuanya..,Best sangat bila berkumpul macam nie......, sesungguhnya siapala kita tanpa keluarga di sisi.......

Wednesday, August 19, 2009

Thursday, August 13, 2009

AQIL DAN PAZZLENYA

NIE HOBI BARU AQIL BELAJAR ATAU MENYEPAH?, PIKIRLA SENDIRI.......DIA PANGGIL PAZZLE ABC NIE "M" , KALAU DIA NAK MAIN PAZZLE NIE DIA AKAN CAKAP 'MA NAK WAT "M" '. KELAKARKAN ANAK MAMA NIE, BANYAK-BANYAK HURUF "ABC" NIE "M" YANG DIA BULEH SEBUT...., APA PUN DIA DAH MULA BELAJAR2 NAK SEBUT HURUF-HURUF YANG LAIN. TERUSKAN USAHA ANAK MAMA....

PAZZLE ABC YANG TERBARAI

TENGAH BERUSAHA CANTUMKAN PAZZLE YANG DIA SENDIRI MUSNAHKAN










Monday, August 10, 2009

CAR CRAZY


Inilah koleksi kereta mini Aqil, Seawal usia 8 bulan dia dah mula tunjuk minat kat keta kecik2 nie....,Seawal umur itu jugala aku belikan dia Hotwheel yang pertama.Lepas tu aku tak ingat dah bila masa yang aku n husband beli sampai dia boleh buat koleksi dah...Buat masa nie koleksi dia dah lebih 20 biji..., selain dalam gambar nie ada lagi 4-5 biji aku x jumpa dalam kotak dia...emmm adala tu dia sorok tang mana2.

Aqil memang cukup minat kat keta....,aku n husband pun x kisah kami suka tgk dia men keta mini tu. Macam-macam bunyi kalau dia men,siap buat drift lagi....sorang2 dia pun jadi keja. Tapi satu yang aku tak tahan, dia suka sepah2 kan keta dia, letak ikut suka dia, kekadang kat dapur, dia susun kat rak tvla, yang pasti mandi mesti nak kena bawa. "ma wak car andi, acuh". Itula ayat dia setiap kali aku ajak mandi,ma bawa keta mandi, basuh katanya. Akupun layankan ajer dari dia tak mau mandi itu lebih baik...

Kalau kami keluar kemana-mana dia akan ambik keta dia 2 biji buat bekal men dalam keta. Kelakar tengok telatah dia....balik jer umah...keta diala yang dia cari. Aku pernah cakap ngan aqil, aqil kena belajor pandai-pandai nanti bila besar, dapat kerja baguih2 boleh beli keta banyak2, aqil kan minat keta....dia gelak jer....Ummmh ntah kan faham ker tidak...he he he.

Apapun kerenah anak-anak kecil kita, itula sebenarnya yang mengajar kita untuk menjadi Ibu Bapa yang terbaik. Gelak tawanya jadi pengubat jiwa, penenang hati.

Saturday, August 8, 2009

KEMULIAAN SYAABAN - BERSAMA KITA MENGHAYATINYA

Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

1. Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

2. Banyak melakukan amalan takwa dan taat.
Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".


3. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".
4. Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
5.Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
6. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

7. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

9. Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
10. Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).

SEMOGA AMALAN KITA DI TERIMA ALLAH S.W.T

Friday, July 10, 2009

Taiping With Love



Just nak share kit story masa gi taiping....26 Jun 2009
Sebenarnya saja jer singgah sebab walaupun aku ni orang Perak
memang tak pernah sampai kat Taiping nie....kalau ada pun mungkin masa sekolah2 dulu

Kami sekeluarga sebenarnya on the way nak balik ke kampung halaman aku
ada kenduri sikit, dah alang2 kami singgah dulu la kat Taiping nie.......
Matlamatnya cuma satu nak bawa hero kecil aku ke zoo Taiping
Kononnya nak bagi dia kenal dengan haiwan2 yang ada dia alam fana niela
Dia pun dah pandai cakap jadi elok jugala dia belajar.... he he he he

Tapi nak dijadikan cerita hero kecil aku nie
semua binatang yang ada kat zoo tu
semua dia takut, kecuali gajah, unta ngan burung jer
yang len semua dia x mau tengok
kenapa? aku pun x faham....
Ziarafah yang punya cantik pun dia x berani
itula yang dinamakan budak2





Monday, June 8, 2009

4 June 2009 Birthday Si Kecil Mama




Happy Birthday To My Lovely Son

4 Jun 2009
Mama sememangnya x merancang untuk celebrate Besar- besaran birthday Aqil tahun nie, cukupla kita sambut dengan family ayah n sepupu-sepupu aqil. Tambahan pula keadaan Aqil yang baru jer sihat.......,Malam tu juga Tok Sedara Aqil buat kenduri untuk arwah Nek, masak nasi tomato dan disedekahkan ke 3 buah masjid dekat kampung tu.

Tok Aqil pesan ngan mama jangan beli makanan banyak2 sebab dah ada nasi tomato, lagipun Tok nak sponsor satay. Okla tu , jadinya mama n ayah cuma beli KFC n Kek untuk Birthday Aqil nie......Kek yang ada Kereta atas dia.....Aqil memang x sabar nak cabut kereta tu.....he he he. Hadiah Aqil pun mama tak sempat beli malah x sempat nak fikirpun pasal hadiah tu sebab aqil tak sihat, yang mama fikir nak aqil cepat sembuh. Nantila kita beli yea Sayang hadiah 2.
















Sunday, June 7, 2009

Ketentuan Ilahi

Segala yang dirancang untuk bulan JUN 2009 semuanya tak berhasil.
Namun mama percaya semua ketentuan dari Ilahi ini ada hikmahnya.
Semuanya bermula bila aqil tak sihat,
mula2 Aqil demam masa 2 ayah di Pahang
main Futsal Terbuka JPBD, Demam tu sebenarnya berpunca dari sakit mulut.
4 malam Aqil jaga ditengah2 malam kemudian menangis, menjerit2.
Sakit sangat agaknya,yealah nak makan pun dia x larat,
Memang mama kesian tengok Aqil. Nasib baikla ayah hantar mama n Aqil balik kampung duduk umah Tok Wan, kalau tak mama tak taula apa mama nak buat. Sian kat Tok n Tok Wan sama -sama berjaga bila Aqil teriak. Mama memangla susah hati tengok keadaan Aqil. Tok Wan gakla yang bawa Aqil ke Klinik hari Ahad (31 Mei 2009) terpaksala tok wan cuti plak. Tapi Mama x puas hati Doktor tu bagi Antibiotik jer suruh Aqil makan. Malam tu ayah sampai dari Pahang pukul 12.00am. Esoknya Mama n Ayah bawa Aqil pie jumpa pakar kanak-kanak YEOH. Dr tu kata aqil di jangkiti Virus, tapi x serius dan bukannya virus tangan, kaki dan mulut. Mama mula lega. Dr tu bagi ubat makan dan titik. Hari Selasa (2 Jun 2009) Mama n Ayah patutnya ke Kuala Lumpur, urusan kerja. Pagi tu nampak Aqil macam dah OK tapi hati mama tetap x sedap nak tinggalkan Aqil dengan Tok n Tok Wan. Pelan asal sememangnya dah ditukar, ayah x jadi temankan mama ke Kuala Lumpur, mama pergi sorang. Pukul 11.00 pagi mama call tok tanya keadaan Aqil, Tok kata Aqil masih menangis, Bas mama pukul 2.30 ptg,Mama memang serba salah.
Ya Allah terlalu besar dugaan nie. Akhirnya mama call HQ Kuala Lumpur, maklumkan mama tak dapat hadir ke majlis tu. Alhamdulillah urusetianya memahami dan mama n ayah terus pecut kereta balik ke Kuala Nerang semula..., Tok pula dah ambilkan air tawar, org tua-tua kata dia kena ruam susu, semuanya la mama cuba asalkan anak mama sihat cepat.
Alhamdulillah Rabu (3/6/2009) Aqil dah nampak ok dah....makan pun dah ok, cuma minum susu Aqil x mau pakai puting, dia minum guna straw, Puting pelali pun dia tinggalkan mungkinla ini hikmahnya tuhan permudahkan untuk Aqil berenti isap Puting kosong2. Lepas 2 mama pulak yang x sihat, demam, tonsil mama bengkak nak telan apa pun x boleh,mungkin inila sebabnya aqil macam x bagi mama ke kuala lumpur, yeala klu mama pergi mcm mana plak sorang2 kat sana dengan sakitnya......semuanya ketentuan dari Ilahi...
Apapun mama bersyukur Aqil dah mula sembuh.....dah boleh men seperti biasa dan mama harap sangat Aqil leh minum susu macam biasa. Semua yang berlaku adalah dugaan Ilahi pada kita dan Mama percaya setiap yang berlaku ini ada hikmahnya.....

Thursday, May 21, 2009

Dalam Dilema

Tak tau la nak kongsi cerita nie ngan sapa, harap-harap tu adalah kengkawan yang sudi berkongsi pendapat

Kisah anak kecilku....Aqil Kalau awal bulan lepas mama memang kesian tgk dia di hantar ke Nursery

kali nie lain pulak......Awal bulan 6 nie memang mama bersungguh nak tukarkan aqil ke nursery lain malah dah mula buat tinjauan. Puncanya........mama rasa risau bila anak kawan mama yang dihantar ke nursery yang sama dengan si bujang kecil mama menerima nasib malang........, (kena cubit dilengan bukannya sikit kedua-dua belah tangan)

Geram, bimbang semuanya menjadi satu....melihat layanan pihak nursery pulak mama tgk ala kadarjer, mama tahu mana mungkin anak mama akan dapat layanan baik seperti dia dijaga oleh baby sitter dulu......

Oleh kerana bayaran dah mama seatle untuk bulan 5 nie, mama terus bersabar Dalam masa sama mama mula investigation. Tapi keadaan mula berubah.....Masuk bulan ke dua aqil ke nursery 2 dia nampak happy... Kalau dulu di hantar menangis, diambil pun mengangis...sekarang tak lagi...., Keadaannya pun nampak lebih baik......klu dulu balik nampak tak terurus...., rambut tak bersikat,...lapar

Tapi sejak awal bulan 5 hingga ke hari nie....semuanya nampak teratur.. Kalau ikutkan mama, memang mama nak tukarkanjer ke nursery lain, sebab dah ada perkara x elok terjadi.

Tapi ayah kata semuanya nampak dah ok...takkan tak kesian kat aqil....ntahla....,ayah dah buat keputusan, kata ayah x yahla tukarkan aqil.... nanti sekali lagi aqil kena lalui proses nak suaikan diri

Aqil nampaknya pun dah mula serasi dengan pengasuh dia (Sheila) hari-hari balik pun panggil ibu (gelaran tuk sheila) Tapi budak sheila 2 memang nampak lain (nampak penyayang), dari sipanjang dulu sapa ntah nama dia,

Bila mama selidik rupanya anak kawan mama dulu sipanjang 2la punya keje, sekarang nie nursery 2 dah buang si panjang 2. Penyelia kat situ kata dia suka buat kasar kat budak .Kes anak kawan mama pun diala punya hal bila diorang dapat tahu terus buang dia.... patutla anak mama klu nampak sipanjang 2 asyik nangisjer

Tapi yang x syoknya tuan punya nursery 2 cite lain kat kawan mama. Tak cite hal sebenar.......mungkin masa tu depa dok siasat tapi patutnya cerita hal sebenar....kita patut tahu.

Disebabkan kes anak kawan mama jugala nursery2 tukar sistem...., klu dulu depa pakai jadual tugas, budak yang dijaga berpandukan jadual, sekarang seorang cikgu tuje yang akan bertanggungjab keatas 5 atau 6 orang budak yang sama klu jadi apa-apa senangla nak cari sapa punya keje....

Ntahla mama serba salah.... tapi hantar kat mana-mana pun samajer tetap 1:5 atau 6 orang....mama tengok budak sheila tu pun nampak ok sayang kat sikecil mama nie... memang sekarang nie sheila 2la yang bertanggungjawab keatas anak mama nie. Dari pagi mama antar aqil dia yang jemput, petang bila mama ambil aqil dia yang akan serahkan aqil.

Mama nak kata apa lagi sememangnya kita cuba mencari terbaik untuk anak-anak kita. Ayah pun dah buat keputusan.....,selalunya mama yang akan buat keputusan kali nie mama beri peluang untuk ayah... kata ayah....., dah nampak jauh lebih baik dari sebelum nie....x yahla tranform kan aqil lagi cukupla dia lalui tempoh penyesuaian yang panjang, klu itu kata ayah sekarang nie mama kena ikutjerla dulu ayah juga yang selalu bersungut, aqil nampak tak terurus atas alasan 2 juga la mama mencari nursery lain. Nampaknya mama kena terima keputusan ayah sebagai mana ayah bersetuju dengan keputusan mama untuk hantar aqil ke nursery dulu...., klu ikutkan ayah dia lebih selesa dengan baby sitter.... mama x setuju, sebab aqil dah besar...

Apapun sekarang nie mama berserah kepada ilahi Moga keputusan yang mama dan ayah buat tepat dan tak membebankan hati dan perasaan si bujang kecil mama. Moga aqil akan sentiasa di lindungi. Mama sentiasa doakan agar aqil dijauhkan dari sebarang bahaya.

Tuesday, May 12, 2009

"SELAMAT HARI IBU"


kenangan bersama mak


Buat Bonda Tersayang Selamat Hari Ibu......,
Hari Ibu memberikan seribu makna buat insan bergelar ibu....
Tidak kira apa sekali gelaran diberi 'Mama, Mak, Umi, Ibu, Mami
Semuanya mempunyai satu makna...
Anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi.
Anugerah yang perlu disyukuri
Anugerah yang melengkapkan kita sebagai seorang wanita

Tahun nie tahun kedua aku bergelar ibu......
Walaupun si comelku masih terlalu kecil
tapi kini baru ku faham perasaan seorang insan bergelar ibu
Kali pertama sikecil mampu memanggil namaku dengan gelaran "mama"
itu sudah cukup mengembirakan
Ini kan pula jika kita sebagai anak mampu membawa kecemerlangan,
kejayaan yang pastinya menjadi harapan si bonda
Segala perit jerih
Pengorbanan yang dilakukan insan bergelar bonda
segalanya untuk kebahagiaan anaknya
Pesanan mak yang ku ingat hingga kini;
"Mak tiada harta untuk diwariskan"
"Mak bekalkan ilmu untuk anak-anak mak
Supaya suatu hari nanti anak-anak mak
boleh berjaya dunia dan akhirat"
Buat semua rakan-rakan yang bergelar Bonda
"SELAMAT HARI IBU"
Semoga kita semua memiliki anak-anak yang sentiasa meghormati, menyayangi, dan mendoakan kita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Insyaallah









Monday, April 6, 2009

Aqil-Selangkah Ke alam Baru....

1 April 2009 Hari pertama buat aqil ke alam baru....
mama n ayah nekad menghantar aqil ke Nursery, setelah pengasuh aqil tarik diri.
Kesian memang kesian tapi apa kan daya dalam zaman serba moden nie mama perlu bekerja.
Hari pertama - Mama tengok aqil happy bila mama kata nak hantar dia ke sekolah ntah faham ke tidak maksud sekolah2. Tapi mama sedih betul bila time mama ambik aqil petang tu aqil nampak sedihjer sambil sebut nama mama
Hari Kedua - Aqil ok jer masa mama hantar kat sekolah tu, aqil pegang tangn mama dlm masa
sama pegang tangan cikgu dia juga.Bila mama pusing jer aqil terus jerit....sedih gak tengok dia......
tapi ini la pengorbanan...
Hari Ketiga - Keadaannya masih sama.........tetap nangis lagi bila ditinggalkan pagi2 tu, tambahan pula x berapa sihat
Hari Keempat - Aqil baru nampak bangunan sekolah dia, dia dah mula nangis..dia tau dah dia nak kena tinggal
Hari Kelima - Sehingga ke hari ini, hari yang kelima keadaanya masih sama lagi.......,malah lagi teruk.......,aqil peluk mama, dia kata dia x mau, Kesian aqil....mama betul2 susah hati bila setiap pagi tengok aqil nangis. Moga aqil cepat dapat sesuaikan diri.....mama x sanggup dah setiap pagi nak tengok aqil nangis.....

Tapi niela perjuangan.....lambat laun aqil akan ke sekolah juga......nie la detik2 yang mama kena lalui
sebagai ibu yang bekerja...walaupun aqil terlalu muda untuk faham semua ni.....tapi mama kena kuat
bila tengok anak orang lain 2 lebih kecil dari aqil dah di hantar ke nursery....mama yakin aqil akan serasi
insyaallah.....

Thursday, April 2, 2009

Dah Bersawang

lama sangat rasanya x edit blog nie..., bukannya sibuk sgt....masa x mengizinkan.
Tergelak juga bila tengok kengkawan punya blog dah berkembang macam-macam.
Has masih di takuk lama......buat kata kak sue.... DAH BERSAWANG dah blog has nie
hehehehe........
Okla rindu juga nak kongsi cerite......tapi ada ker yang nak layan......layan jerla yer...
Cite lama...2 month ago....masa raya cina itu hari.....kat Perak (my home town)
adala kenduri kawin.....adik perempuan has.....pas2 nak dijadikan cite dia x der camera man
maka kami husband n wife la jadi bidan terjunnya....nasib bek masa balik2 bawa camera buruk he he he leh la nak amik gambar dia......
Penat memang penat namanya pun kenduri kawin...tapi yang sedih my son demam panas.....dari hari balik ke perak sampaila kerja kendara selesai.....2 yang x berapa seronok...
apapun nak share gambar2 sekitar majlis 2 dan telah menerima sedikit sentuhan dari has yang
baru nak belajar mengedit nie.......




Monday, January 12, 2009

Wahai HAWA

Wahai Hawa,
Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia,

Sedarlah Hawa..
kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa.
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam
yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHANA!Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu... hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...A
ndai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik
serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia
dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim). -SEBUAH NUKILAN

Saturday, January 10, 2009

28/12/2008-Teluk Batik Lumut, Perak

Bila berkumpul semuanya mula la ada agenda....kali nie ke teluk batik lumut....syok juga sekali sekala berkelah ngan adik beradik. Aqilpun apa lagi x lepas peluangla...
aqil dok relaks ngan atok lepas mandi
nenek pun x lepas peluang.....sonok mandi ngan anak cucu...he he he

makan time.......dah penat berendam mkn la pulak.....



Keberkatan Surah Al ikhlas

email yang aku terima ini membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi dengan kengkawan yang lain, terima kasih kepada sahabat yang memperingati......semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalankan kehidupan sebagai muslim sejati....insyaallah

Keberkatan Surah Al ikhlas

Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini
sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja
kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalamtubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah,
bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan
dan dengan membaca bismillah.
Berilahsalam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkanpada akhir solat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam ,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.

Ketika SakitSabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya
dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim
lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-QuranRasulullah SAW
pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
MalahSaiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatamQur'an
dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30jus Al-Quran.
Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a.
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasydi atas 360,000 sendi
dan jarak jauh antara satu sendi
ke satu sendiialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000
dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
L amy alid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Moga kita sama-sama dapat menjadikannya amalan seharian

Tuesday, January 6, 2009

Gambar kawan mama edit

macam-macam jadinya gambar superhero mama sorang nie, rajin betulla kawan mama nie. Katanya senang jer....kengkawan klu nak try searh la Photo Funia. Tryla na...syok jugak

kat keta mini lak muka anak mama nie...eemmm comei gak

eh jadi angkasawan plak... Moga2 bila besaq nanti betul2 jadi angkasawan







aksi aqil di pagi raya- 1 syawal 1429h















1SYAWAL 1429H - KUALA NERANG


Tahun nie giliran beraya di Kuala Nerang. Anak mama nie pun dah besar dah pandai melaram ngan baju melayu sedondon lagi plak 2.