Thursday, May 21, 2009

Dalam Dilema

Tak tau la nak kongsi cerita nie ngan sapa, harap-harap tu adalah kengkawan yang sudi berkongsi pendapat

Kisah anak kecilku....Aqil Kalau awal bulan lepas mama memang kesian tgk dia di hantar ke Nursery

kali nie lain pulak......Awal bulan 6 nie memang mama bersungguh nak tukarkan aqil ke nursery lain malah dah mula buat tinjauan. Puncanya........mama rasa risau bila anak kawan mama yang dihantar ke nursery yang sama dengan si bujang kecil mama menerima nasib malang........, (kena cubit dilengan bukannya sikit kedua-dua belah tangan)

Geram, bimbang semuanya menjadi satu....melihat layanan pihak nursery pulak mama tgk ala kadarjer, mama tahu mana mungkin anak mama akan dapat layanan baik seperti dia dijaga oleh baby sitter dulu......

Oleh kerana bayaran dah mama seatle untuk bulan 5 nie, mama terus bersabar Dalam masa sama mama mula investigation. Tapi keadaan mula berubah.....Masuk bulan ke dua aqil ke nursery 2 dia nampak happy... Kalau dulu di hantar menangis, diambil pun mengangis...sekarang tak lagi...., Keadaannya pun nampak lebih baik......klu dulu balik nampak tak terurus...., rambut tak bersikat,...lapar

Tapi sejak awal bulan 5 hingga ke hari nie....semuanya nampak teratur.. Kalau ikutkan mama, memang mama nak tukarkanjer ke nursery lain, sebab dah ada perkara x elok terjadi.

Tapi ayah kata semuanya nampak dah ok...takkan tak kesian kat aqil....ntahla....,ayah dah buat keputusan, kata ayah x yahla tukarkan aqil.... nanti sekali lagi aqil kena lalui proses nak suaikan diri

Aqil nampaknya pun dah mula serasi dengan pengasuh dia (Sheila) hari-hari balik pun panggil ibu (gelaran tuk sheila) Tapi budak sheila 2 memang nampak lain (nampak penyayang), dari sipanjang dulu sapa ntah nama dia,

Bila mama selidik rupanya anak kawan mama dulu sipanjang 2la punya keje, sekarang nie nursery 2 dah buang si panjang 2. Penyelia kat situ kata dia suka buat kasar kat budak .Kes anak kawan mama pun diala punya hal bila diorang dapat tahu terus buang dia.... patutla anak mama klu nampak sipanjang 2 asyik nangisjer

Tapi yang x syoknya tuan punya nursery 2 cite lain kat kawan mama. Tak cite hal sebenar.......mungkin masa tu depa dok siasat tapi patutnya cerita hal sebenar....kita patut tahu.

Disebabkan kes anak kawan mama jugala nursery2 tukar sistem...., klu dulu depa pakai jadual tugas, budak yang dijaga berpandukan jadual, sekarang seorang cikgu tuje yang akan bertanggungjab keatas 5 atau 6 orang budak yang sama klu jadi apa-apa senangla nak cari sapa punya keje....

Ntahla mama serba salah.... tapi hantar kat mana-mana pun samajer tetap 1:5 atau 6 orang....mama tengok budak sheila tu pun nampak ok sayang kat sikecil mama nie... memang sekarang nie sheila 2la yang bertanggungjawab keatas anak mama nie. Dari pagi mama antar aqil dia yang jemput, petang bila mama ambil aqil dia yang akan serahkan aqil.

Mama nak kata apa lagi sememangnya kita cuba mencari terbaik untuk anak-anak kita. Ayah pun dah buat keputusan.....,selalunya mama yang akan buat keputusan kali nie mama beri peluang untuk ayah... kata ayah....., dah nampak jauh lebih baik dari sebelum nie....x yahla tranform kan aqil lagi cukupla dia lalui tempoh penyesuaian yang panjang, klu itu kata ayah sekarang nie mama kena ikutjerla dulu ayah juga yang selalu bersungut, aqil nampak tak terurus atas alasan 2 juga la mama mencari nursery lain. Nampaknya mama kena terima keputusan ayah sebagai mana ayah bersetuju dengan keputusan mama untuk hantar aqil ke nursery dulu...., klu ikutkan ayah dia lebih selesa dengan baby sitter.... mama x setuju, sebab aqil dah besar...

Apapun sekarang nie mama berserah kepada ilahi Moga keputusan yang mama dan ayah buat tepat dan tak membebankan hati dan perasaan si bujang kecil mama. Moga aqil akan sentiasa di lindungi. Mama sentiasa doakan agar aqil dijauhkan dari sebarang bahaya.

Tuesday, May 12, 2009

"SELAMAT HARI IBU"


kenangan bersama mak


Buat Bonda Tersayang Selamat Hari Ibu......,
Hari Ibu memberikan seribu makna buat insan bergelar ibu....
Tidak kira apa sekali gelaran diberi 'Mama, Mak, Umi, Ibu, Mami
Semuanya mempunyai satu makna...
Anugerah yang tidak ternilai dari Ilahi.
Anugerah yang perlu disyukuri
Anugerah yang melengkapkan kita sebagai seorang wanita

Tahun nie tahun kedua aku bergelar ibu......
Walaupun si comelku masih terlalu kecil
tapi kini baru ku faham perasaan seorang insan bergelar ibu
Kali pertama sikecil mampu memanggil namaku dengan gelaran "mama"
itu sudah cukup mengembirakan
Ini kan pula jika kita sebagai anak mampu membawa kecemerlangan,
kejayaan yang pastinya menjadi harapan si bonda
Segala perit jerih
Pengorbanan yang dilakukan insan bergelar bonda
segalanya untuk kebahagiaan anaknya
Pesanan mak yang ku ingat hingga kini;
"Mak tiada harta untuk diwariskan"
"Mak bekalkan ilmu untuk anak-anak mak
Supaya suatu hari nanti anak-anak mak
boleh berjaya dunia dan akhirat"
Buat semua rakan-rakan yang bergelar Bonda
"SELAMAT HARI IBU"
Semoga kita semua memiliki anak-anak yang sentiasa meghormati, menyayangi, dan mendoakan kita untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Insyaallah