Friday, April 15, 2011

KISAH SEORANG TEMAN

Aku ingin berkongsi cerita, cerita duka seorang teman. Kisah tentang seorang teman yang menghubungi aku menceritakan derita yang ditanggung bila suami mula berubah. Perkahwinan yang dibina bertahun lamanya bukan lah benteng untuk si suami tidak melakukan dosa. Katanya bertahun dipendam perasaan duka, dia bertahan hanya kerana “anak”. Aku akui inilah kekuatan yang ada pada seorang wanita.
Walaupun tanpa melihat wajahnya dari riak suaranya cukup memberikan gambaran buatku betapa deritanya dia. Hati isteri mana yang tidak luluh bila si suami mula punya kekasih gelap, yang lebih menyakitkan kekasih si suami bukanlah berstatus “Miss J” mahu pun si gadis tetapi masih bergelar “Puan”. Dia tidak sanggup lagi mendengar cakap-cakap orang tentang suaminya tapi apa yang boleh dilakukan. Simpati aku melihat nasib temanku ini, dia terus bercerita katanya suaminya bukanla berpendapatan besar, apa lagi punya rumah besar, kekadang duit rokok si suami pun dia yang berikan, apalagi makan minum sememangnya bukan menjadi tanggungan si suami. Dia yang berniaga kecil-kecilan masih mampu menanggung makan pakai anak-anaknya. Aku terfikir sendiri…, kenapala teman ku ini sampai sanggup memanjakan si suami sedemikian rupa. Sehingga tanggungjawab memberi makan pakai anak-anak pun dilepaskan dari tanggungjawabnya. Katanya dia sayangkan suaminya. Dulu suaminya tidak begitu, tidak pernah berkira dengan anak-anak sekarang semenjak pandai berkasih-kasihan duit ringgit disembunyi darinya. Katanya lagi mungkin dia terlalu percayakan suaminya akhirkan kepercayaan ini memakan diri. Air mata sememangnya kini menjadi teman setianya, hari demi hari bermacam pembohongan dilakukan si suami. Katanya lagi dia pernah mencabar suaminya carilah anak dara atau janda kalau benar suaminya mahu berkahwin tapi bukannya isteri orang. Macam mana dia nak memberikan izin kalau perempuan itu sendiri masih bersuami. Suaminya tidak membalas kata-katanya.
Aku termenung sendiri.., tabahnya dia Ya Allah…kenapa la lelaki jarang2 sekali untuk dapat melihat dan menghargai pengorbanan si isteri. Doaku semoga temanku ini terus tabah dan tidak henti bermohon kepada ilahi moga satu hari si suami kembali kepangkal jalan.
Kita berhak menyayangi suami kita, namun janganla kita meletakkan 100% kepercayaan kepada mereka. Aku sentiasa berdoa moga Allah s.w.t menjauhkan aku dari manusia-manusia yang zalim dan moga rumahtanggaku sentiasi dipayungi dengan rahmat ilahi untuk kerukunan dan kebahagian hingga keakhir hayatku.