Saturday, May 7, 2011

Setiap insan yang dilahirkan pasti punya ibu. Cuma bezanya sama ada kita sempat merasa atau tidak kasih sayang ibu hingga ke hari tua. Sempatkah kita membalas jasa ibu yang tidak pernah dapat terhitung oleh kita dari mengandungkan kita, melahirkan kita hingga membesarkan kita sehingga dewasa
Betapa beruntungnya kita jika kita masih punya ibu untuk kita bercerita suka dan duka hingga ke hari ini.Insan yang tak pernah merintih melahir dan membesarkan anak-anaknya. Hari Ibu hadir lagi buat tahun 2011 kali 8 Mei 2011 dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Ibu. Sebagai anak adakah cuma hari ini kita patut mengenang jasa ibu. Berbaktilah buat insan yang bernama ibu kerana darjat seorang ibu disisi Allah S.W.T itu tersangat mulia.
Aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan agar kita dapat melihat batapa tingginya darjat seorang ibu yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis . Sama-sama kita hayati betapa mulianya menjadi insan yang bergelar IBU disisi Allah S.W.T.
  • Doa seorang ibu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya: Rasulullah pernah bersabda: “Seorang Ibu lebih penyayang dari seorang ayah dan doa orang penyayang itu tidak sia-sia”
  • Rasullullah bersabda lagi :” Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga”
  • Pernah Aisyah r.a bertanya kepada baginda Rasullulah s.a.w , siapakah lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasullulah : Suaminya”, Dan siapa pula lebih besar haknya terhadap lelaki? Jawab Rasulullah “Ibunya.”
  • Apabila hamilnya seorang wanita itu, malaikat akan beristigfar untuknya setiap hari, dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.
  • Apabila seorang wanita itu mula merasa sakit untuk melahirkan maka Allah telah memberikannya ganjaran pahala seperti berjihat ke jalan Allah.
  • Setelah wanita itu melahirkan bayinya, maka terhapuslah dosa-dosanya ibarat seperti baru dilahirkan semula. Setiap uratnya yang putus semasa melahirkan maka Allah berikan pahala seperti orang yang menunaikan haji.
  • Setelah lahir bayinya lalu disusuinya, maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kabajikan oleh Allah. Dan jika disusui anaknya sehingga umur mencecah tempoh 2 tahun, maka para malaikat akan mengkhabarkan bahawa Syurga adalah wajib untuknya.
  • Apabila bayinya menangis kelaparan, lalu ibunya menyusuinya maka Allah memberinya pahala bersamaan setahun solat dan berpuasa.
  • Apabila anaknya sakit dan ibunya bersengkang mata untuk menjaga anaknya pada waktu malam, maka Allah memberikan pahala bagaikan memerdekan 70 Orang hamba.
  • Seorang ibu yang menghiburkan hati anaknya, Allah memberinya 12 tahun pahala beribadat.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah , siapakah manusia yang berhak aku layan sebaik-baiknya? Jawab Rasulullah “ Ibumu”. Kemudian, siapa lagi ?, Baginda menjawab : “:Ibumu” dan siapa lagi?, : “Ibumu”. Dan setelah itu siapa lagi?, Baginda menjawab, “Ayahmu”. Sesungguhnya seorang ibu itu perlu didahulukan tiga kali ganda melebihi ayah seperti yang tersebut didalam hadis Rasulullah tersebut.
Lihatla betapa tinggi darjatnya seorang ibu itu disisi Allah, Moga kita sebagai anak akan berusaha berbakti untuk membahagiakan insan yang bergelar IBU. Andainya kita juga seorang ibu jadilah ibu yang sentiasa berusaha kuat menjaga amanah Allah yang tiada nilainya ini kerana ganjaran yang dijanjikan Allah itu terlalu hebat buat insan yang bergelar IBU…..
·