Monday, January 12, 2009

Wahai HAWA

Wahai Hawa,
Kenapa..engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia,

Sedarlah Hawa..
kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa.
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam
yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHANA!Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu... hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...A
ndai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik
serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia
dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim). -SEBUAH NUKILAN

Saturday, January 10, 2009

28/12/2008-Teluk Batik Lumut, Perak

Bila berkumpul semuanya mula la ada agenda....kali nie ke teluk batik lumut....syok juga sekali sekala berkelah ngan adik beradik. Aqilpun apa lagi x lepas peluangla...
aqil dok relaks ngan atok lepas mandi
nenek pun x lepas peluang.....sonok mandi ngan anak cucu...he he he

makan time.......dah penat berendam mkn la pulak.....



Keberkatan Surah Al ikhlas

email yang aku terima ini membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi dengan kengkawan yang lain, terima kasih kepada sahabat yang memperingati......semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalankan kehidupan sebagai muslim sejati....insyaallah

Keberkatan Surah Al ikhlas

Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini
sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja
kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalamtubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah,
bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan
dan dengan membaca bismillah.
Berilahsalam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkanpada akhir solat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam ,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.

Ketika SakitSabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya
dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim
lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-QuranRasulullah SAW
pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
MalahSaiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatamQur'an
dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30jus Al-Quran.
Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a.
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasydi atas 360,000 sendi
dan jarak jauh antara satu sendi
ke satu sendiialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000
dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
L amy alid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Moga kita sama-sama dapat menjadikannya amalan seharian

Tuesday, January 6, 2009

Gambar kawan mama edit

macam-macam jadinya gambar superhero mama sorang nie, rajin betulla kawan mama nie. Katanya senang jer....kengkawan klu nak try searh la Photo Funia. Tryla na...syok jugak

kat keta mini lak muka anak mama nie...eemmm comei gak

eh jadi angkasawan plak... Moga2 bila besaq nanti betul2 jadi angkasawan







aksi aqil di pagi raya- 1 syawal 1429h















1SYAWAL 1429H - KUALA NERANG


Tahun nie giliran beraya di Kuala Nerang. Anak mama nie pun dah besar dah pandai melaram ngan baju melayu sedondon lagi plak 2.