Tuesday, September 23, 2014

Mensyukuri Nikmat Rezeki

Bercakap soal rezeki, kekadang kita hanya nampak rezeki yang Allah turunkan hanya dari sudut harta benda. Walhal kita perlu sedar, rezeki Allah S.W.T itu luas seluas bumi ciptaannya.




Dikurniakan tubuh badan yang sihat, anak-anak yang baik dan mendengar kata, suami mahupun isteri yang taat itu juga rezeki. Malah udara yang kita sedut dan hembus setiap hari juga itu rezeki. Pernah kita terfikir jika setiap udara yang kita sedut ini perlu dibayar. Allah berikan percuma kepada kita, begitulah sayangnya Allah kepada kita hambanya, tidak kira siapa kita, kaya atau miskinkah kita, apa sahaja pegangan agama kita, kita tetap menyedut udara yang sama setiap hari.





Jangan sesekali kita mempertikaikan nikmat rezeki yang Allah berikan..., jangan pandang orang yang jauh hidupnya lebih baik dari kita, tapi pandanglah orang-orang yang hidupnya jauh lebih sukar dan susah dari kita. Kita akan mensyukuri nikmat rezeki yang Allah S.W.T kurniakan buat kita. Perbanyakkan amal mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T,,,serahkan sebulatnya hati kita PADANYA, InnshaAllah hidup kita akan selamat dunia dan akhirat.


Hasliza 019-5033953


Saturday, September 20, 2014

Tasbih Juwairiah

Sedar tak sedar lama betul tak berblog, nak kata sibuk tu tidak la juga, tapi mood menulis entah kemana hilangnya.

Terlintas hari ni rasa nak mengaktifkan blog nie semula, terlintas ingin sangat berkongsi yang baik-baik untuk semua.

Juwairiah Radhiyallahu 'anha, Ummul Mukminin telah diajari akan Rasullullah 4 Kalimah. Moga kita dapat memperbaiki amalan kita setiap hari


Dari Juwairiyah Radhiyallahu ‘anha, Ummul Mukminin.






"Bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dari sisinya di waktu pagi ketika shalat Shubuh, sementara Juwairiyah duduk di tempat shalatnya. Di waktu Dhuha Nabi pulang sementara Juwairiyah masih duduk di tempat yang semula. 

Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya, 'Kamu masih dalam keadaan di mana aku meninggalkanmu sejak tadi.' 

Juwairiyah menjawab, 'Benar.' 

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Sungguh aku telah mengucapkan sesudahmu empat kalimat sebanyak tiga kali. Seandainya ia ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan sejak pagi tadi niscaya ia menandinginya, (سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ): Mahasuci Allah dan dengan memujiNya, sebanyak jumlah makhlukNya, sejauh kerelaan diriNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta tulisan kalimatNya'."



Shahih Muslim [Kitab adz-Dzikr, Bab at-Tasbih Awwalu an-Nahar, 4/2090, no. 2726, pent.]

Saturday, May 7, 2011

Setiap insan yang dilahirkan pasti punya ibu. Cuma bezanya sama ada kita sempat merasa atau tidak kasih sayang ibu hingga ke hari tua. Sempatkah kita membalas jasa ibu yang tidak pernah dapat terhitung oleh kita dari mengandungkan kita, melahirkan kita hingga membesarkan kita sehingga dewasa
Betapa beruntungnya kita jika kita masih punya ibu untuk kita bercerita suka dan duka hingga ke hari ini.Insan yang tak pernah merintih melahir dan membesarkan anak-anaknya. Hari Ibu hadir lagi buat tahun 2011 kali 8 Mei 2011 dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Ibu. Sebagai anak adakah cuma hari ini kita patut mengenang jasa ibu. Berbaktilah buat insan yang bernama ibu kerana darjat seorang ibu disisi Allah S.W.T itu tersangat mulia.
Aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan agar kita dapat melihat batapa tingginya darjat seorang ibu yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis . Sama-sama kita hayati betapa mulianya menjadi insan yang bergelar IBU disisi Allah S.W.T.
  • Doa seorang ibu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya: Rasulullah pernah bersabda: “Seorang Ibu lebih penyayang dari seorang ayah dan doa orang penyayang itu tidak sia-sia”
  • Rasullullah bersabda lagi :” Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga”
  • Pernah Aisyah r.a bertanya kepada baginda Rasullulah s.a.w , siapakah lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasullulah : Suaminya”, Dan siapa pula lebih besar haknya terhadap lelaki? Jawab Rasulullah “Ibunya.”
  • Apabila hamilnya seorang wanita itu, malaikat akan beristigfar untuknya setiap hari, dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.
  • Apabila seorang wanita itu mula merasa sakit untuk melahirkan maka Allah telah memberikannya ganjaran pahala seperti berjihat ke jalan Allah.
  • Setelah wanita itu melahirkan bayinya, maka terhapuslah dosa-dosanya ibarat seperti baru dilahirkan semula. Setiap uratnya yang putus semasa melahirkan maka Allah berikan pahala seperti orang yang menunaikan haji.
  • Setelah lahir bayinya lalu disusuinya, maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kabajikan oleh Allah. Dan jika disusui anaknya sehingga umur mencecah tempoh 2 tahun, maka para malaikat akan mengkhabarkan bahawa Syurga adalah wajib untuknya.
  • Apabila bayinya menangis kelaparan, lalu ibunya menyusuinya maka Allah memberinya pahala bersamaan setahun solat dan berpuasa.
  • Apabila anaknya sakit dan ibunya bersengkang mata untuk menjaga anaknya pada waktu malam, maka Allah memberikan pahala bagaikan memerdekan 70 Orang hamba.
  • Seorang ibu yang menghiburkan hati anaknya, Allah memberinya 12 tahun pahala beribadat.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah , siapakah manusia yang berhak aku layan sebaik-baiknya? Jawab Rasulullah “ Ibumu”. Kemudian, siapa lagi ?, Baginda menjawab : “:Ibumu” dan siapa lagi?, : “Ibumu”. Dan setelah itu siapa lagi?, Baginda menjawab, “Ayahmu”. Sesungguhnya seorang ibu itu perlu didahulukan tiga kali ganda melebihi ayah seperti yang tersebut didalam hadis Rasulullah tersebut.
Lihatla betapa tinggi darjatnya seorang ibu itu disisi Allah, Moga kita sebagai anak akan berusaha berbakti untuk membahagiakan insan yang bergelar IBU. Andainya kita juga seorang ibu jadilah ibu yang sentiasa berusaha kuat menjaga amanah Allah yang tiada nilainya ini kerana ganjaran yang dijanjikan Allah itu terlalu hebat buat insan yang bergelar IBU…..
·

Friday, April 15, 2011

KISAH SEORANG TEMAN

Aku ingin berkongsi cerita, cerita duka seorang teman. Kisah tentang seorang teman yang menghubungi aku menceritakan derita yang ditanggung bila suami mula berubah. Perkahwinan yang dibina bertahun lamanya bukan lah benteng untuk si suami tidak melakukan dosa. Katanya bertahun dipendam perasaan duka, dia bertahan hanya kerana “anak”. Aku akui inilah kekuatan yang ada pada seorang wanita.
Walaupun tanpa melihat wajahnya dari riak suaranya cukup memberikan gambaran buatku betapa deritanya dia. Hati isteri mana yang tidak luluh bila si suami mula punya kekasih gelap, yang lebih menyakitkan kekasih si suami bukanlah berstatus “Miss J” mahu pun si gadis tetapi masih bergelar “Puan”. Dia tidak sanggup lagi mendengar cakap-cakap orang tentang suaminya tapi apa yang boleh dilakukan. Simpati aku melihat nasib temanku ini, dia terus bercerita katanya suaminya bukanla berpendapatan besar, apa lagi punya rumah besar, kekadang duit rokok si suami pun dia yang berikan, apalagi makan minum sememangnya bukan menjadi tanggungan si suami. Dia yang berniaga kecil-kecilan masih mampu menanggung makan pakai anak-anaknya. Aku terfikir sendiri…, kenapala teman ku ini sampai sanggup memanjakan si suami sedemikian rupa. Sehingga tanggungjawab memberi makan pakai anak-anak pun dilepaskan dari tanggungjawabnya. Katanya dia sayangkan suaminya. Dulu suaminya tidak begitu, tidak pernah berkira dengan anak-anak sekarang semenjak pandai berkasih-kasihan duit ringgit disembunyi darinya. Katanya lagi mungkin dia terlalu percayakan suaminya akhirkan kepercayaan ini memakan diri. Air mata sememangnya kini menjadi teman setianya, hari demi hari bermacam pembohongan dilakukan si suami. Katanya lagi dia pernah mencabar suaminya carilah anak dara atau janda kalau benar suaminya mahu berkahwin tapi bukannya isteri orang. Macam mana dia nak memberikan izin kalau perempuan itu sendiri masih bersuami. Suaminya tidak membalas kata-katanya.
Aku termenung sendiri.., tabahnya dia Ya Allah…kenapa la lelaki jarang2 sekali untuk dapat melihat dan menghargai pengorbanan si isteri. Doaku semoga temanku ini terus tabah dan tidak henti bermohon kepada ilahi moga satu hari si suami kembali kepangkal jalan.
Kita berhak menyayangi suami kita, namun janganla kita meletakkan 100% kepercayaan kepada mereka. Aku sentiasa berdoa moga Allah s.w.t menjauhkan aku dari manusia-manusia yang zalim dan moga rumahtanggaku sentiasi dipayungi dengan rahmat ilahi untuk kerukunan dan kebahagian hingga keakhir hayatku.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan salam maulidurrasul buat semua umat islam.....,
alhamdullillah kita masih diberi peluang untuknya menyambut Maulidurrasul 1432 Hijrah.

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"


Monday, May 3, 2010

Aqil Danish















tak tau nak entry apa, dah berbulan x update blog nie..bukan ajer dah bersawang klu ada anai2 anai2 pun nak bersarang...semenjak berkecimpong dlm duni FB nie...sunyi jer blog nie......bukan dulu pun mmg sunyi ker....kui kui kui.....

emmmm .... sedar x sedar aqil dah mencecah 3 tahun dah..., besar dah anak mama sorang nie. Perubahan demi perubahan...mulut pun dah semakin banyak......cakap pun dah mkn bijak......klu mama n ayah ckp ada jer jawapannya.......

4/6/2010 genap usianya 3 tahun....., besday aqil tahun nie disambut secara cukup-cukup sederhana...........yang diraikan oleh mama, ayah, mak andak dan aqil.., Wan ngan Tok tak leh datang sian aqil..., Yang penting aqil cukup teruja dengan kek Ultraman aqil yang sebesor 1.5 kilo tu......layanzzzz

Friday, January 8, 2010

TAHUN 2010

Sedar tak sedar usia kita selangkah kehadapan lagi...
Makin usia ini meningkat adakah kita makin dekat dengan Ilahi...
Wallahuallam......

Tirai 2009 dilabuhkan dengan seribu kenangan
dan tirai 2010 dibuka seluasnya dengan pelbagai isu panas..
Isu Perkauman sudah mula berputik
Soal agama mula diperkotak katikkan
Isu yang menyentuh soal keagamaan
Sensitiviti umat islam tercabar lagi
Maruah agama islam tercalar lagi
Adakah nama Allah untuk dipersendakan
Adakah hak penggunaannya perlu dipertikaikan
Apakah sebenarnya golongan katolik kristian ini mahukan
Mengapa perkara seperti ini perlu terjadi
Dimana hak umat islam di Malaysia
Adakah soal agama islam patut diadili oleh Mahkamah Sivil
Bukankah sepatutnya hak ini diberikan kepada Mahkamah Syariah
Yang pasti lebih berpengetahuan..,
Persoalannya...mengapa nama Allah dipersendakan sehingga perlu di bawa kemahkamah
Bukankah Hak ini sudah jelas......
Kalimah Syahadah itu juga jelas...., mengandungi nama Allah....
Yang pastinya hak syahadah itu hanya untuk umat islam
Apa perlunya katolik kristian mahu mengunakan nama Allah

Dimana peranan pemimpin kita yang sememangnya bertunjangkan agama islam
Bangkit dan buktikan kewujudan anda sememangnya untuk menegakkan islam
Jangan biarkan maruah agama kita di permainkan
Bertindak dan jangan biarkan api kemarahan umat islam di negara ini kian marak
Jangan biarkan maruah agama kita terus - terusan dicalar...

Moga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin
dan Moga hak umat islam terus dipertahankan...