Wednesday, August 19, 2009

Thursday, August 13, 2009

AQIL DAN PAZZLENYA

NIE HOBI BARU AQIL BELAJAR ATAU MENYEPAH?, PIKIRLA SENDIRI.......DIA PANGGIL PAZZLE ABC NIE "M" , KALAU DIA NAK MAIN PAZZLE NIE DIA AKAN CAKAP 'MA NAK WAT "M" '. KELAKARKAN ANAK MAMA NIE, BANYAK-BANYAK HURUF "ABC" NIE "M" YANG DIA BULEH SEBUT...., APA PUN DIA DAH MULA BELAJAR2 NAK SEBUT HURUF-HURUF YANG LAIN. TERUSKAN USAHA ANAK MAMA....

PAZZLE ABC YANG TERBARAI

TENGAH BERUSAHA CANTUMKAN PAZZLE YANG DIA SENDIRI MUSNAHKAN










Monday, August 10, 2009

CAR CRAZY


Inilah koleksi kereta mini Aqil, Seawal usia 8 bulan dia dah mula tunjuk minat kat keta kecik2 nie....,Seawal umur itu jugala aku belikan dia Hotwheel yang pertama.Lepas tu aku tak ingat dah bila masa yang aku n husband beli sampai dia boleh buat koleksi dah...Buat masa nie koleksi dia dah lebih 20 biji..., selain dalam gambar nie ada lagi 4-5 biji aku x jumpa dalam kotak dia...emmm adala tu dia sorok tang mana2.

Aqil memang cukup minat kat keta....,aku n husband pun x kisah kami suka tgk dia men keta mini tu. Macam-macam bunyi kalau dia men,siap buat drift lagi....sorang2 dia pun jadi keja. Tapi satu yang aku tak tahan, dia suka sepah2 kan keta dia, letak ikut suka dia, kekadang kat dapur, dia susun kat rak tvla, yang pasti mandi mesti nak kena bawa. "ma wak car andi, acuh". Itula ayat dia setiap kali aku ajak mandi,ma bawa keta mandi, basuh katanya. Akupun layankan ajer dari dia tak mau mandi itu lebih baik...

Kalau kami keluar kemana-mana dia akan ambik keta dia 2 biji buat bekal men dalam keta. Kelakar tengok telatah dia....balik jer umah...keta diala yang dia cari. Aku pernah cakap ngan aqil, aqil kena belajor pandai-pandai nanti bila besar, dapat kerja baguih2 boleh beli keta banyak2, aqil kan minat keta....dia gelak jer....Ummmh ntah kan faham ker tidak...he he he.

Apapun kerenah anak-anak kecil kita, itula sebenarnya yang mengajar kita untuk menjadi Ibu Bapa yang terbaik. Gelak tawanya jadi pengubat jiwa, penenang hati.

Saturday, August 8, 2009

KEMULIAAN SYAABAN - BERSAMA KITA MENGHAYATINYA

Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

1. Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

2. Banyak melakukan amalan takwa dan taat.
Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".


3. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".
4. Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
5.Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
6. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

7. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

9. Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
10. Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).

SEMOGA AMALAN KITA DI TERIMA ALLAH S.W.T