Tuesday, December 15, 2009

Kemuliaan Muharram

Lama sungguh rasanya aku tak entry kat blog nie...rasanya klu leh nampak sawang dah bersawang dah blog aku nie.....kali nie cuma aku nak berkongsi sedikit kelebihan bulan Muharram...di harapkan apa yang aku entry kali nie bermanfaat buat kita sebagai umat islam sempena kedatangan 1 Muharram 1431 Hijrah.......

MUHARAM....

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Wednesday, December 2, 2009

Sesekali Diduga...

Orang kata klu kita di duga itu petanda Allah s.w.t sayangkan kita...
hanya org2 yang disayanginya diduga kesabarannya untuk membuktikan keimanan...

Ntahla dugaan yang aku lalui ini sebagai petanda allah sygkan aku
tapi aku terus cuba bersabar utk menguatkan semangat bagi terus menempuh idup....
Terlalu berat ya Allah dugaan yang kau turunkan buatku Ya Allah...tapi aku yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya........,dan aku sebagai hampamu harus terus tabah untuk menghadapinya dan moga aku dapat melupakan semua peristiwa yang berlaku. Apa yang berlaku biarla berlalu sebagai lipatan sejarah hidupku.....