Saturday, January 10, 2009

Keberkatan Surah Al ikhlas

email yang aku terima ini membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi dengan kengkawan yang lain, terima kasih kepada sahabat yang memperingati......semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalankan kehidupan sebagai muslim sejati....insyaallah

Keberkatan Surah Al ikhlas

Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini
sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja
kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalamtubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah,
bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan
dan dengan membaca bismillah.
Berilahsalam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkanpada akhir solat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam ,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnyamenjawab salam malaikat itu.

Ketika SakitSabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya
dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim
lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalamTadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-QuranRasulullah SAW
pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
MalahSaiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatamQur'an
dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30jus Al-Quran.
Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a.
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasydi atas 360,000 sendi
dan jarak jauh antara satu sendi
ke satu sendiialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000
dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
L amy alid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Moga kita sama-sama dapat menjadikannya amalan seharian

No comments:

Post a Comment